Pengenalan

1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya.

2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.

3.  Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam dirinya.

Potensi Diri

1.  Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri.

2.  Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.

3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.

4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.

5. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.

1. Intelek

Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek, iaitu:-

(a) kemahiran asas:

i. membaca;

ii. menulis;

iii. mengira.

(b) berfikir secara kreatif dan kritis;

(c) meningkatkan ilmu pengetahuan;

(d) memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

2. Rohani

1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud.

2. Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia.

3. Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk merupakan satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.

3. Emosi

Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

4. Jasmani

Aspek jasmani menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badan yang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari, dan sebagainya.

  • Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kita berupaya mengembangkan potensi diri.
  • Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.
  • Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang beridentiti positif mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke tahap yang cemerlang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s