TINGKATAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

TEMA : 2 HUBUNGAN KEKELUARGAAN

 

1.

Mengapakah kita perlu menghormati kedua-dua orang ibu bapa kita?

 

A Kerana mereka lebih tua daripada kita.
  B Kerana mereka membesarkan dan mendidik kita.
C Kerana mereka menghabiskan banyak wang untuk kita.
D Kerana mereka menyediakan tempat tinggal untuk kita.

 

2.

Bagaimanakah kita hendak menunjukkan bahawa kita menghormati ibu bapa?

 

A Memberi wang yang banyak kepada mereka.
B Melakukan sesuatu tanpa meminta izin daripada mereka.
C Memberi hadiah yang mahal-mahal terhadap mereka.
D Tidak melawan apabila mereka menegur perbuatan kita.

 

3.

Anak-anak yang mendapat pendidikan yang sempurna akan

 

A mengenang jasa ibu bapa.
B memastikan ibu bapa tidak memalukan mereka.
C menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua.
D membiarkan ibu bapa tinggal bersendirian.

 

4.

Peribahasa seperti kacang lupakan kulit sesuai untuk anak-anak yang

 

A tidak tahu berdikari
B tinggal berjauhan daripada
C sering menyusahkan ibu bapa
D tidak mengenang jasa ibu bapa

 

5.

Apakah tindakan yang perlu kita lakukan apabila dimarahi oleh ibu bapa kita?

 

A Memarahi ibu bapa kembali.
B Berjanji akan membalas dendam.
C Merajuk dan mengurungkan diri di dalam bilik.
D Mendiamkan diri, kemudian meminta maaf daripada mereka.

 

 

 

 

 

 

6.

Apakah yang patut dilakukan sekiranya ahli keluarga ditimpa masalah?

 

A Bertanyakan masalahnya dan mencuba membantunya.
B Menceritakan masalah ahli keluarga kepada orang lain.
C Mengetawakan ahli keluarga yang menghadapi masalah.
D Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan sendiri masalahnya.

 

 

7.

Apakah yang akan berlaku terhadap keluarga yang tidak mengamalkan kasih sayang terhadap keluarga mereka?

 

A Keluarga tersebut akan porak-peranda.
B Keluarga tersebut akan hidup dalam keadaan harmoni.
C Keluarga tersebut akan menjadi buah mulut orang lain.
D Keluarga tersebut akan gagal dalam kehidupan mereka.

 

8.

Sebagai ketua keluarga, apakah tanggungjawab utama bapa?

 

A Mengawal pergerakan anak-anak.
B Menyediakan wang yang banyak untuk keluarga.
C Menyediakan keperluan anak-anak secukupnya.
D Menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan.

 

9.

Penyataan yang manakah antara berikut benar?

 

A Ibu bapa harus memastikan anak-anak mendapat kebebasan sepenuhnya.
B Setiap individu perlu mementingkan diri tanpa mempedulikan orang lain.
C Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak berjaya dalam hidup.
D Anak-anak yang berjaya hanya perlu menikmatinya bersendirian tanpa perlu berkongsi dengan ibu bapa.

 

10.

Apakah yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk mengekalkan keharmonian keluarga?

 

A Setiap keluarga perlu berdikari.
B Setiap keluarga perlu bersikap adil.
C Setiap keluarga perlu mementingkan diri sendiri.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s