Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu;

  1. pengetahuan
  2. kemahiran
  3. nilai

1.  Objektif Pengetahuan:

  • Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
  • Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
  • Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
  • Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik.
  • Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
  •  Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

 

2. Objektif Kemahiran:

  •  Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
  •  Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
  •  Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
  •  Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
  •  Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
  •  Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
  •  Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

 

 3. Objektif Nilai:

  •  Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
  •  Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
  •  Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
  •  Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
  •  Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
  •  Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
  •  Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
  •  Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s