Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan mata pelajaran yan memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

Kandungan mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada hubungan murid dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab murid sebagai warganegara dan pemupukan nilai yang perlu untuk membentuk individu yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Unsur-unsur patriotisme dan perpaduan menjadi intipati dalam perancangan kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan peringkat menengah.

Mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berinteraktif dan berpusatkan murid.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu;

  1. belajar untuk mengetahui (learning to know)
  2. belajar untuk bertindak (learning to do)
  3. belajar untuk hidup bersama (learning t live together) 
  4. belajar untuk membentuk peribadi (learning to be)

Belajar untuk mengetahui dapat mengembangkan kebolehan murid menguasai ilmu dan membantu mempengaruhi perasaan dan tingkah laku sivik.

Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Prinsip ini membolehkan murid menguasai kemahiran untu kerjaya masa depan dan kemahiran menghadapi serta menangani cabaran masa hadapan.

Belajar untuk membentuk peribadi penting bagi perkembangan menyeluruh setiap individu yang merangkumi aspek rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosial. 

Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dan amat bersesuaian dengan latar masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, unsur perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan.

Murid perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik dan kewarganegaraan untuk melahirkan warganegara yang patriotik dan dapat memainkan peranan yang konstruktif dalam pembangunan negara.

2 responses »

  1. sciencek1 says:

    Terima kasih di atas info yang diberikan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s