Pembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen
Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Amalan demokrasi berparlimen ini dilakukan melalui proses pilihanraya. Rakyat Persekutuan Tanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik dengan pengalaman pilihanraya. iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen. Pada tahun 1951, telah diperkenalkan Sistem Ahli iaitu beberapa orang anggota Majls Perundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan. Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah perkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.

Dato’ Onn bin Jaafar Ha~EhwaI Dalam Negeri
Dr. Lee Tiang Keng Kesihatan
Dato’,E.E.C. Thuraisingham Pelajaran
Dato’ Nik Ahmad Kamil Kerajaan Tcmpatan, Perumahan dan
Perancang Bandar
Kolonel H.S. Lee Pengangkutan
Dr. Ismail Abdul Rahman Hasil Bumi [Sumber Alam]*
Mustafa Albakri Hassan Perhubungan Industri dan Masyarakat
V.M.N. Menon Pos dan Telekom

Sumber. Laporan Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan, Kuala Lumpur, 18 Ogos 1954. hlm. 387388.
Hasil Bumi adalah istilah yang digunakan pada tahuntahun 1950an. Kini lebih dikenali sebagai Sumber Alam (Natural Resources).

Mereka adalah warganegara Tanah Melayu yang awal dilatih menjalankan tugas bertaraf menteri yang dilantik oleh kerajaan British sehinggalah pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.

Tunku Abdul Rahrnan Putra mengambil alih jawatan Yang Dipertua UMNO pada tahun 1951. Ketika itu juga kerajaan British merancang mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli dalam kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran George Town, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur serta Majlis Perbandaran dan Majlis Tempatan yang lain.

Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang diadakan pada tahun 1951 menjadi tumpuan partiparti politik ketika itu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal.
Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu, UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor bagi menguasai Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini telah menyebabkan parti IMP mengalami kekalahan teruk. Pakatan tersebut telah memulakan sejarah gabungan parti UMNO dan MCA yang dinamakan parti Perikatan. Menjelang pilihanraya tahun 1955, Malayan Indian Congress (MIC) telah turut serta dalam Perikatan. Perikatan UMNOMCAMIC telah mengemukakan manifestonya ke arah kemerdekaan Tanah Melayu iaitu kemerdekaan bersama kaumkaum lain.

Apabila Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan, parti itu telah membentuk kerajaan dan sebuab Jemaah Menteri telah ditubuhkan. Tunku Abdul Rabman telah dilantik sebagai Ketua Menteri. Dari tempoh ini Kerajaan Perikatan telab mencorakkan perlembagaan dan bentuk kerajaan bagi negara kita.

Pakatan Murni
Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan. Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum di negara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandum untuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perletnbagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid.

Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik, organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara kita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapat keutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain. Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepada perkembangan politik di tanahair kita iaitu kedudukan RajaRaja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.

Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsip kerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memheri hak yang sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara rnasih menghadapi keadaan Darurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meragui kesetiaan orang Cina, Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju hertolak ansur menerima prinsip jus soli.

Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadap persetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu. pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan. bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnva adalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Unsur-unsur tersebut adalah satu keunikan yang terdapat dalam perlembagaan negara kita jika dibandingkan dengan perlembagaan negaranegara Komanwel yang lain seperti India dan Kanada.

Institusi Kesultanan Melayu telah pun wujud sejak zaman berzaman. Institusi ini adalah warisan sistem politik Melayu yang menjadi lambang kemegahan dan pernaungan orang Melayu. Pemerintahan Raja Raja Melayu berterusan kerana adanya sokongan rakyat.
Agama Islam telah menjadi agama rasmi di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan British. Penjajah British tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam. Hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja Raja Melayu.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di Gugusan Kepulauan Melayu sejak berabad-abad lamanya. Bahasa Melayu menjadi bukti orang Melayu mempunyai alam dan budayanya dan ia juga menjadi petunjuk kepada perkembangan tamadun orang Melayu. Kedatangan penjajah British tidak menghapuskan bahasa Melayu, namun demikian bahasa Melayu semakin kehilangan nilainya dalam sistern perdagangan antarabangsa dan pengurusan negara. Penerimaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bererti bermula satu proses pemulihan ke arah kegemilangannya seperti semasa zaman tradisional. Ketika itu, semua urusan perdagangan menggunakan bahasa Melayu dan ini membuktikan bahasa Melayu mempunyai nilai antarabangsa dari segi ekonomi dan politik.

Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah satu perkara baharu. Perkara ini telah dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju.

Pakatan murni telah berjaya membentuk sebuah kerajaan demokrasi. Pakatan itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa, kerana negara kita menjadi sebilangan kecil negara di dunia yang terus mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam kerajaan demokrasi berparlimen. Pakatan murni yang telah dipersetujui oleh para pemimpin kita sebelum merdeka adalah bertujuan mencapai perpaduan kaum, mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bermuafakat bagi membolehkan kekayaan negara dibahagikan secara saksama.

Amalan kerajaan demokrasi bukanlah sesuatu yang baharu bagi masyarakat Melayu tradisional. Adat Perpatih sebagal perlembagaan yang tidak bertulis memperlihatkan wujudnya unsur demokrasi dalam institusi masyarakat Melayu. Demokrasi dalam masyarakat Melayu mementingkan prinsip muafakat, berbeza dengan demokrasi Barat yang mementingkan individu. Kaedah muafakat dalam membuat keputusan penting amatlah terserlah di setiap peringkat kepimpinan, iaitu dan peringkat keluarga, kumpulan keluarga, masyarakat, daerah hinggalah ke peringkat negeri.

Walau bagaimanapun, istilah demokrasi adalah satu yang baharu dalam masyarakat kita. walaupun unsur-unsur demokrasi telah pun lama wujud. Pada zaman moden aksud demokrasi adalah gabungan dua kata awal daripada bahasa Yunani iaitu demos dan kratik yang bermaksud pemerintahan dan rakyat untuk rakyat. Demokrasi bukan sahaja diamalkan dalam pemerintahan negara tetapi juga dalam institusi sosial seperti masyarakat dan organisasi lain.

Pada hari ini, negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat dan bertangggungjawab kepada rakyat. Amalan demokrasi kita adalah berasaskan amalan demokrasi Westminster, England, yang berbeza daripada demokrasi yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Satu daripada aspek demokrasi ialah kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, aspek kebebasan bersuara seperti di negara Barat itu didapati tidak sesuai dengan keadaan di negara kita. Contohnya, kebebasan bersuara dengan mengungkit persetujuan dalam pakatan murni adalah antara faktor yang menyebabkan meletusnya peristiwa rusuhan kaum pada 1 3 Mei 1969.

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

Permulaan sistem parlimen: Jika kewujudan Majlis Mesyuarat yang membincangkan soal pemerintahan dijadikan ukuran, maka telahpun ada pada zaman pemerintahan raja berkuasa mutlak Majlis Mesyuarat pembesar negeri yang boleh disamakan dengan Dewan Undangan Negeri sekarang ini. Manakala Orang Besar Berempat yang menjadi Penasihat Raja boleh dianggap sebagai Jemaah Menteri atau badan eksekutifnya. Penghulu pula mewakili rakyat di setiap kampung.

Pada zaman penjajahan British di negara kita, konsep perwakilan rakyat dalam pemerintahan negeri diwujudkan secara rasmi dan terkawal. Jika kewujudan Dewan Undangan Negeri menjadi tanda bermulanya demokrasi berparlimen, maka Sarawak adalab perintis demokrasi berikutan penubuhan Council Negeri pada tahun 1867. Ahli Council Negeri dilantik oleh James Brooke. Kemudiannya, Jemaah Menteri kerajaan Sarawak juga diwujudkan atas nama Majlis Tertinggi atau Supreme Council yang dianggotai oleh pembesar Melayu Sarawak seperti Datu Patinggi, Datu Bandar. Datu Temenggung dan Datu Imam. Pembesar Melayu inilah yang menjadi penasihat dan pembantu utama atau menteri dalam kerajaan Brooke sehinggalah tahun 1946. iaitu apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

Namun demikian, Johor menjadi negeri yang pertama di Tanah Melayu yang menubuhkan Dewan Undangan Negeri. Pada tahun 1873, negeri Johor telah pun mempunyai satu badan perundangan yang dinamakan Mesyuarat Negeri atau State Council yang dianggotai oleh pegawai kanan pentadbiran Johor. Ketua Mesyuarat Negeri ialah Ungku Abdul Rahman iaitu Wakil Mutlak Maharaja Johor, manakala pegawai kanan negeri terdiri daripada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan negeri.

Johor juga memperkenalkan secara bertulis idea pemerintahan Raja Berperlembagaan pada tahun 1895. Perlembagaan Johor itu memaktubkan penubuhan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai badan perundangan yang diketuai oleh Menteri Besar. Selain itu, Menteri Besar juga mengetuai sebuah Jemaah Menteri yang menjadi penasihat kepada Sultan Johor. Apabila penjajah British menguasai pentadbiran negeri mulai tahun 1914, diwujudkan pula badan pelaksana undang-undang yang terdiri daripada Penasihat British, Penasihat Undang-undang dan Ketua Jabatan bagi jabatan-jabatan penting. Badan ini dinamakan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau State Executive Council. Kerajaan Terengganu telah mencontohi perlembagaan Johor itu sebelum Inggeris menempatkan wakilnya ke negeri itu.

Pembentukan Parlimen: Sejarah pembentukan Parlimen di Malaysia bermula pada tahun 1877 apabila kerajaan Perak menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1896, negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bergabung dalam kerajaan persekutuan yang disebut sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dengan itu, Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu (Durbar) telah diwujudkan pada tahun 1897 dan diikuti pula pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan yang dianggotai oleh wakil kerajaan negeri-negeri tersebut.

Pemerintahan negara kita sekarang ini adalah berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. Perkara yang terkandung dalam perjanjian itu telah mengalami proses pindaan untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa, seperti gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu dalam sebuah kerajaan Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. Perlembagaan menjadi garis panduan pemerintahan, sistem politik serta proses pentadbiran negara.

Perlembagaan ialah satu undang-undang dasar. Dalam perlembagaan terdapat prinsip-prinsip serta peraturan yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan.

Perlembagaan Malaysia mempunyai sejarah yang ada hubungannya dengan dua dokumen yang terdahulu. Dokumen itu ialah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Perlembagaan negara kita boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut keadaan dan keperluan masyarakat.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Oleh itu perlembagaan negara telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ini diperuntukkan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. Ini bermakna kuasa membuat undang-undang sama ada oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah ditetapkan oleh perlembagaan.

Di bawah Senarai Persekutuan termasuklah perkara seperti kehakiman, hal-ehwal luar negara, kewangan, pendidikan dan pertahanan. Senarai Negeri memperuntukkan perkara yang dijadikan undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri seperti undang-undang Islam, tanah, pertanian, perhutanan dan perlombongan. Manakala Senarai Bersama pula jalah perkara yang boleh dijadikan undang-undang oleh Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri. Antara perkara dalam Senarai Bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, dan perlindungan mergastua.

Perkara yang tidak termasuk dalam ketiga-tiga senarai tersebut adalah terletak dalam kuasa Dewan Undangan Negeri. Perlembagaan juga membenarkan Parlimen membuat undang-undang walaupun perkara itu termasuk dalam Senarai Negeri. Peruntukan sedemikian boleh digunakan dengan syarat ia bertujuan untuk melaksanakan sebarang perjanjian antara Persekutuan dengan negara lain bagi tujuan menyelaraskan undang-undang di beberapa buah negeri, atau jika diminta oleh mana-mana Dewan Undangan Negeri.

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam hal melantik Perdana Menten, tidak memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen, dan menitahkan perintah mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara yang melibatkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Selain itu, baginda juga mempunyai kuasa seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, misalnya Perkara 153, yang memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab Yang di Pertuan Agong melindungi orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan kuasanya itu dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. Selain itu, baginda juga diberi kuasa pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini, baginda bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan. Raja-Raja Melayu yang lain, selaku ketua negeri masing-masing mempunyai kuasa pengampunan di negeri mereka. Raja-Raja menjadi ketua agama di negeri mereka, manakala Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, di samping negeri baginda sendiri.

Yang diPertuan Agong juga diberi kuasa oleh perlembagaan untuk mengisytiharkan Darurat jika didapati keadaan keselamatan negara terancam. Dalam hal ini, baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Di samping undang-undang Darurat yang memerlukan perkenan Yang diPertuan Agong, semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen juga memerlukan perkenan baginda.

Sistem Raja Berperlembagaan bererti Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjalankan pemerintahan negara dan negeri atas nasihat ketua kerajaan. Perdana Menteri adalah ketua kerajaan di peringkat pusat, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan di peringkat negeri. Di peringkat pusat, Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri, sementara di peringkat negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau Kabinet Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Yang diPertuan Agong juga melantik anggota Jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah dengan nasihat Perdana Menteri. Yang diPertuan Agong terlibat dalam ketiga-tiga badan pemerintahan iaitu perundangan (legislatif/dewan-dewan di parlimen), pelaksanaan (eksekutif/kabinet menteri dan birokrasi/jpa) dan kehakiman.

Badan Perundangan: Parlimen
Badan yang membuat undang-undang di peringkat Persekutuan di negara kita dinamakan Parlimen. Dan segi perlembagaan, Parlimen sebenarnya terdiri daripada Yang diPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Konsep Dewan Rakyat telah bermula dengan pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948. Pada tahun 1955, ahli majlis itu berjumlah 98 orang, dengan 52 orang adalah dipilih. Majlis ini dibubarkan pada tahun 1959 apabila Pilihanraya Umum diadakan. Dengan itu juga, bermulalah sistem Parlimen di negara kita.

Apabila Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihanraya pada tahun 1959, terdapat 104 kerusi. Jumlah ini bertambah dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1990, terdapat 180 kerusi Dewan Rakyat bagi semua kawasan pilihanraya Parlimen di seluruh negara.

Dewan Negara atau Senat pada prinsipnya adalah lebih tinggi daripada Dewan Rakyat, tetapi pada amalannya Dewan Rakyat menjadi lebih utama, berdasarkan keanggotaannya yang dipilih. Ahli Dewan Negara pada asalnya 38 orang iaitu 16 orang dilantik oleh Yang diPertuan Agong dan 22 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, iaitu dua orang bagi setiap negeri. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, bilangan ahli Dewan Negara telah bertambah menjadi 69 orang. Ahli yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong meningkat kepada 40 orang. Ahli Dewan Negara atau Senator ini berkhidmat bagi tempoh tiga tahun tertakluk sama ada mereka dipilih atau dilantik semula sebagai Senator. Ahli kedua-dua Dewan itu adalah sama tarafnya iaitu sebagai Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Proses Pengubalan Dasar Kerajaan/Undang-undang

Pada umumnya, sebelum sesuatu cadangan dan dasar dijadikan rang undang-undang, menteri berkenaan hendaklah berunding dengan Peguam Negara. Setelah itu kertas cadangan tersebut dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan.

Setelah diluluskan, baharulah rang undang-undang digubal oleh Penggubal Undang-undang. Penggubal Undang-undang biasanya herunding dengan menteri dan pihak lain yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang yang digubal itu perlu dikemukakan untuk persetujuan Jemaah Menteri.

Apabila telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, menteri berkenaan memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara tentang hasratnya hendak mengemukakan rang undang-undang tersebut. Setiausaha Dewan kemudiannya mengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua Ahli Parlimen.

Sebelum rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia mestilah melalui beberapa peringkat atau disebut bacaan. Bacaan pertama ialah memberitahu secara lisan mengenai tujuan dan tajuk rang undang-undang itu. Dalam bacaan kedua, prinsip dan rang undang-undang itu dibahaskan. Ini adalah peringkat yang paling penting.

Di peringkat seterusnya, Dewan bersidang sebagai jawatankuasa yang membincangkan butiran dalam rang undang-undang itu. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ahli Dewan berbincang secara tidak formal bagi mendapatkan pandangan dan syor-syor baharu. Butir-butir yang dibincang dipertimbangkan mengikut susunan seperti yang terdapat dalam rang undang-undang itu, diikuti dengan jadual, dan akhir sekali dibincangkan mukadimahnya. Setelah perbincangan di peringkat jawatankuasa selesai, menteri akan mengusulkan supaya rang undang-undang itu dilaporkan kepada Dewan. Jika dipersetujui, jawatankuasa seluruh Dewan itu pun kembali menjadi persidangan Dewan. Kemudian menteri mengusulkan supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali ketiga serta diluluskan.

Apabila Dewan Rakyat telah meluluskannya, rang undang-undang itu dikemukakan kepada Dewan Negara yang juga membahaskan rang undang-undang itu melalul proses yang sama seperti yang dilakukan di Dewan Rakyat. Setelah rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara, perkenan diraja adalah diperlukan supaya ia dapat dikuatkuasakan sebagai undang-undang. Yang diPertuan Agong menurunkan Cop Mohor Besar kepada rang undang-undang tersebut yang menandakan persetujuan baginda. Undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen dan dipersetujui oleh Yang diPertuan Agong diwartakan dalam Warta Kerajaan.

Seperti yang telah dinyatakan, Dewan Negara adalah lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara dalam banyak perkara. Perkara 67(1) Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada Dewan Negara untuk memperkenalkan sesuatu rang undangundang atau pindaan yang berhubung dengan halehwal percukaian, pinjaman wang dan juga hal berhubung dengan kumpulan wang kerajaan serta akaun Persekutuan dan Negeri.

Bagi rang undang-undang yang bukan melibatkan undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya bagi tempoh selama satu tahun. Bagi rang undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya selama sebulan sahaja.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta. Enakmen pula adalah undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri, kecuali undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dinamakan Ordinan. Undang-undang yang diisytiharkan di bawah Fasal (2) Perkara 150 oleh Yang diPertuan Agong semasa Parlimen tidak bersidang pada masa darurat, juga disebut Ordinan.

Perlembagaan negara kita perlu dipertahankan oleh setiap rakyat kerana perlembagaan itu adalah satu dokumen yang mengandungi citacita rakyatnya yang inginkan sebuah negara dan bangsa yang berdaulat.

Perlembagaan diwujudkan berdasarkan tradisi dan sejarah negara kita. Setiap negeri dan anggota masyarakat mahu memastikan kepentingan masing-masing terjamin dalam perlembagaan. Di samping mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu, perlembagaan juga memperkenalkan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen bertujuan melahirkan suasana politik yang stabil, mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemakmuran. Dalam sistem demokrasi ini, rakyat terlibat dalam pemerintahan negara, manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia setiap rakyat. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Parti yang mendapat majoriti sokongan rakyat akan berkuasa untuk memerintah, tetapi parti yang memerintah mesti menunjukkan keupayaan melahirkan keadilan bagi seluruh rakyat. Di sinilah terletaknya keluhuran perlembagaan negara kita yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat.

Badan Pelaksana/Eksekutif: Jemaah Menten dan Kementerian
Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet. Kabinet adalah badan penggubal dasar yang tertinggi di negara kita, dan melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan atau kerajaan pusat. Di peringkat negeri, fungsi yang sama dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri Negeri di Sabah dan Sarawak.

Kabinet menjalankan fungsi secara tanggungjawab bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen, walaupun mereka dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Menteri dipertanggungjawabkan mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagi melaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan. Bagi membantu menteri menjalankan tanggungjawabnya, perlembagaan memperuntukkan fasal perlantikan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan juga Setiausaha Politik. Sesebuah kementerian itu dilengkapkan dengan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat dengan mana-mana kerajaan yang berkuasa ketika itu.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri. Ia adalah pegawai tertinggi dan mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Di peringkat kementerian pula, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh kumpulan pegawai perkhidmatan tadbir dan perkhidmatan ikhtisas serta kakitangan am. Mereka ini lebih dikenali sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan.

Sesebuah kementerian biasanya mempunyai bahagian dan jabatan-jabatannya di peringkat pusat, negeri dan daerah. Terdapat juga kementerian yang mempunyai agensi yang bersifat autonomi yang dikenali sebagai Badan Berkanun. Badan ini ditadbir oleh sebuah majlis atau Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan. Di bawah naungan Kementerian Pendidikan misalnya, terdapat Badan Berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, universiti-universiti dan Institut Teknologi Mara. Ketua atau pengerusi badan berkanun ini serta ahli Lembaga Pengarah atau Majlis Badan Berkanun adalah dilantik dengan persetujuan menteri berkenaan.

Bagi mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam, beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Pasukan Polis, dan Majlis Angkatan Tentera.

Badan Kehakiman: Mahkamah
Perlembagaan Tanah Melayu tahun 1957 memperuntukkan mahkamah mempunyai kuasa yang lebib besar jika dibandingkan dengan badan perundangan (Parlimen) dan badan pelaksana (Jemaah Menteri). ini disebabkan, antara kuasa mahkamab termasukiab kuasa untuk mentafsir perlembagaan, mentafsir dan menguatkuasakan undangundang, kuasa boleh mengisytiharkan sebarang undangundang sebagai sah dan juga kuasa mengisytiharkan sebahagian tindakan kerajaan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan undangundang. Ciri penting badan kehakiman ialah selain tidak memihak, Ia bebas daripada kawalan sama ada badan perundangan dan badan pelaksana atau daripada sesiapa pun. Perkara ini terrnaktub dalam perlembagaan.
Semua Rakim dilantik oleh Yang diPertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, dan baginda juga boich menggantung perlantikan seseorang Hakim. Kebanyakan perbicaraan dijalankan oleh Mahkamah Rendah dan Mahkamah Sesyen yang diketuai oleh Majistret atau Hakim daripada Perkhidma tan Undangundang dan Kehakiman. Dari segi pentadbiran, mereka adalah di bawah kawalan pentadbiran Hakim Besar.
Terdapat dua kategori mahkamah, iaitu M’ahkamah Rendah dan Mahkamah Utama. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Majistret Kelas Satu, Mahkamah Majistret Kelas Dua dan Mahkamah Sesyen. Di Sabah dan Sarawak, terdapat Mahkamah Anak Negeri tetapi di luar hierarki mahkamah awam.
Mahkamah Utama terdiri daripada Mahkamah Agung, dan dua Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, dan Mahkamah Tinggi Borneo yang diketuai oleh Rakim Besar Borneo yang herpusat di Kuching.
Mahkamah Agung yang sebelum tahun 1985 dikenali sebagai Mahkamab Persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo, dan empat orang Hakim yang lain. Mahkamah Agung merupakan mahkamah rayuan yang terakhir. Pada suatu ketika dahulu, rayuan boleh dikemukakan ke Majlis Privy di England tetapi amalan sedemikian telab ditamatkan. Selain itu, terdapat sebuah mahkamah khas yang dinamakan Mahkamah Juvana.
Peguam Negara adalah penasihat undang
undang kerajaan. Peguam Negara juga bertindak sebagai Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh pegawai daripada Perkhidmatan Undangundang dan Kehakiman.

Pemerintahan Raky’at
Kita telah pun mempelajari tentang bagaimana sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di Malaysia. Asas utama dalam sistem tersebut ialah penyeytaan dan penglibatan rakyat dalam proses pemerintahan negara melalui pilihanraya. Dengan itu rakyat terlibat dalam membuat keputusan terhadap penggubalan dasar dan pelaksanaannya.

Parti Politik
Sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat dua pertubuhan politik Melayu iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926, dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 KMS memperjuangkan kedudukan istimewa orang Melayu di NegeriNegeri Selat, manakala KMM pula adalah parti radikal, antipenjajah British dan mahu negara kita merdeka dan mengekalkan identiti politik Melayu melalui percantuman dengan Indonesia. Apabila KMM diharamkan, bekas pemimpin KMM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
Walau bagaimanapun, usaha menyatupadukan orang Melayu di negara ini telah pun digerakkan oleb beberapa pertubuhan sukarela. Persatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Singapura misalnya, telab menganjurkan kongres Melayu yang pertama pada tahun 1939. Sehingga tahun 1940, sebanyak empat kongres Melayu telah diadakan. Kesedaran politik orang Melayu semakin meningkat selepas diadakan kongres tersebut serta kesan pendudukan Jepun.
Pengenalan gagasan Malayan Union telab menyatukan orang Melayu kerana ia menjejaskan kepentingan dan masa depan orang Melayu. Pertububan Melayu di selurub negara telah berhimpun dalam kongres Melayu pada bulan Mac 1946, dan bersetuju menubuhkan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan. Antara 39 pertubuhan yang hadir termasuklah Persatuan Melayu Selangor, Perikatan Melayu Perak, Pergerakan Melayu Semenanjung, Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Kelantan dan juga PKMM. Dalam kongres berikutnya di Johor Bahru, lahirlah parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO pada bulan Mei 1946, iaitu parti politik yang pertama dapat menyatukan orang Melayu.
UMNO pada mulanya melaksanakan sistem gabungan. Pada tahun 1949, sistem dan organisasi UMNO disusun semula dengan struktur baharunya yang mempunyai sistem cawangan, bahagian dan pusat seperti yang terdapat hingga kini.
Sebuah parti radikal Melayu iaitu PKMM telah keluar daripada UMNO pada tahun 1946, setelah gagal mempengaruhi pemikiran politik orang Melayu dalam UMNO. Walau bagaimanapun, dan PKMM lahir satu gabungan politik kiri Melayu iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Tekanan daripada pihak British telah melenyapkan gerakan ini. Akhirnya, sebahagian kecil daripada pemimpin PKMM menentang penjajahan British secara bersenjata dengan bergabung sebagai satu regimen Melayu dalam Parti Komunis Malaya. Pada tahun 1955 pula, sebilangan kecil pemimpin radikal Melayu ini menubuhkan Parti Rakyat Malaya. Parti ini benuang berasaskan ideologi sosialis dan oleh sebab itulah mereka gagal mendapat tempat di kalangan pengundi.
Pada tahun 1947, sebuah parti politik Melayu iaitu Hizbul Muslimin (RAMIM) telah ditubuhkan oleh pelajar lepasan pengajian Islam. Setelah diharamkan oleh penjajah British, beberapa orang bekas pemimpinnya dan alimulama menggerakkan Biro Agama UMNO. Biro ini kemudiannya menyatukan tenaga ulama dan pejuang Islam melaluj penubuhan Persatuan AlimUlama SeTanah Melayu pada tahun 1951, dan kemudiannya didaftarkan sebagai Parti Islam SeTanah Melayu pada tahun 1955.

Pecahan daripada PAS kemudiannya melahirkan dua lagi pertubuhan politik herlandaskan agama Islam, iaitu Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia atau BERJASA yang ditubuhkan pada tahun 1977, dan HAMIM pada tahun 1983.
Persatuan Cina Malaya (M CA) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1949 sebagai persatuan kebajikan orang Cina. Ia ditubuhkan atas sokongan penjajah British yang sedang menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya semasa Darurat. Pemimpin mereka yang utama ialah Tan Cheng Lock yang pernah memimpin AMCJA sebelum itu. MCA menjadi parti politik selepas menyertai pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan kerajaan tempatan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu, MCA telah bergabung dengan UMNO Selangor.
Pa rti politik yang berdasarkan ideologi buk an perkauman bermula dengan penubuhan Parti Buruh Pulau Pinan~ pada tahun 1951 yang dipimpin oleh Osman Siru. Parti itu kemudiannya menubuhkan cawangan di negeri Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka. Parti Buruh ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya pada tahun 1952, dan Mohamad Sopiee Ibrahim menjadi pengerusinya yang pertama. Pada tahun 1957, parti tersebut bergabung dengan Parti Rakyat Malaya sebagai Parti Barisan Sosialis. Gabungan ini berpecah pada tahun 1966 apabila unsur perkauman mempengaruhi parti itu. Sebahagian daripada pemimpin Barisan Sosialis menaja penubuhan parti Keadilan Masyarakat (KEMAS).
Parti kecil yang berpengaruh termasuklah Malayan Party yang dipelopori oleh Dewan Perniagaan Cina, manakala beberapa orang cerdik pandai Cina menubuhkan Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang sebelum beliau memimpin MCA.
Selepas meninggalkan MCA pada tahun 1959, Dr. Lim Chong Eu telah menggerakkan penubuhan Parti Demokrasi Bersatu (UDP) pada tahun 1962, dan akhir sekali ia bersamasama dengan beberapa orang sarjana dan bekas pemimpin Parti Buruh dan UDP telah menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada tahun
1968.
Di kalangan kaum India, mereka telah menubuhkan Kongres India Tanah Melayu (MIC) pada tahun 1946. Tujuan penubuhan MIC adalah untuk membela nasib orang India. Pemimpin keturunan Sri Lanka menubuhkan Parti Kemaju an Rakyat (PPP) berpusat di Perak, dan kaum India yang beragama Islam menubuhkan parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pada tahun 1974.
Selepas kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia, Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau lebib dikenali dengan nama People Action Party (PAP) telah mengembangkan sayapnya ke Semenanjung Tanab Melayu. PAP bersamasama dengan PPP dan Gerakan telah mempetjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Apabila Singapura keluar. daripada Malaysia pada tahun 1965, PAP meninggalkan ahliahlinya yang meneruskan perjuangan tersebut melalui sebuah parti baharu iaitu Parti Tindakan Demokrat (DAP) yang telah ditubuhkan pada tahun 1966.
Di Sarawak, pada tahun 1959, sekumpulan orang Cina telab menubuhkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dipimpin oleh Ong Kee Hui. Orang Melayu Sarawak yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Mustapha menubuhkan Parti Negara Sarawak (PANAS) pada tahun 1960. PANAS merupakan parti pelbagai kaum, tetapi akhirnya menjadi parti yang dianggotai oleb bumiputera Sarawak sahaja. Pada bulan Disember 1961, satu lagi parti bumiputera telah ditubuhkan iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang dipimpin oleh Datuk Tuanku Haji Bujang.

Di kalangan kaum Iban pula, muncul dua parti, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ditubuhkan pada tahun 1961. Parti ini dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan. Sebuah lagi parti ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) ditubuhkan pada tahun 1962 yang dipimpin oleh Temenggung Jugab Anak Barieng. Pada tahun yang sama, orang Cina telah menubuhkan parti Persatuan Cina Sarawak (SCA). Parti ini dianggotai oleh orang Cina berpendidikan Barat dan mencontohi parti MCA di Semenanjung Tanah Melayu.
Pada tahun 1963, PANAS, PESAKA, SNAP, BARJASA, dan SCA hergahur.g membentuk Parti Perikatan di Sarawak. Pada tahun 1967, parti PANAS dan parti BARJASA telah dibubarkan untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak. Akhirnya, pada tahun 1973, Parti Bumiputera Sarawak bercantum dengan parti PESAKA untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Parti ini dipimpin oleh Temenggung Jugah dan Ahdul Rahman Ya’kub. Kemudian, parti ini bergabung pula dengan SUPP dan SNAP dalam Barisan Nasional. Pada tahun 1983, kaum Iban menubuhkan parti mereka sendiri yang diheri nama Parti Bansa Dayak Sarawak yang diketuai oleh Leo Moggie. Seterusnya ditubuhkan parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Selain itu, Parti Tindakan Demo krat (DAP) juga mempunyai ~wangannya di Sarawak.
Penubuhan parti potitik di Sabah hermula pada tahun 1961 apabila beberapa persatuan Kadazan telah mengambil daya usaha menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO). UNKO dipimpin oleb Donald Stephens, pengasas Persatuan Kadazan Penampang.
Penduduk bumiputera yang beragama Islam telah menu’buhkan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada tahun 1961. USNO dipimpin oleb Datu Mustapha bin Datu Harun.
Pada tahun 1964, kaum Dusun menubuhkan Parti Kebangsaan Pasok Momogun Bersatu, manakala kaum Cina pula menubuhkan Persatuan Cina Sabab (SCA). SCA, UNKO, dan USNO telab bergabung sebagai Parti Perikatan Sabah.
Sabab adalab negeri yang mempunyai banyak parti politik akibat daripada perpecahan dalam parti pemerintab. Antara lain ialah parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang ditubuhkan oleh Haris Salleh pada tahun 1975. Parti Bersatu Sabah (PBS) ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Joseph Pairin Kitingan. Pada tahun 1989 ditubuhkan dua lagi parti politik iaitu Parti Rakyat Sabah (PRS) dan Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Memandangkan pentingnya politik, kita dapat lihat penubuhan partiparti politik tersebut adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing.

Pilihanraya

Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi. Di negara kita, pilihanraya adalab dijamin oleb Periembagaan Persekutuan seperti yang dimaktubkan dalam Perkara 113 hingga Perkara 120 berserta dengan jadual ketiga belas.

Pilihanraya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi, tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintab, serta corak sistem dan proses keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya.
Proses pilihanraya melibatkan tiga pihak, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya, pengundi dan calon. Bagi memastikan pilihanraya dijalanka~ dengan adil, perlembagaan memperuntukkan perkara penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas daripada kawalan kerajaan. Suruhanjaya Pilihanraya diketuai oleh seorang Pengerusi dan empat orang abli, dan mereka dilantik oleb Yang diPertuan Agong. Pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya diketuai oleh Setiansaha Suruhanjaya Pilihanraya. Dalam menguruskan pilihanraya, Suruhanjaya ini dibantu oleb pegawai pentadbiran Persekutuan dan negeri. Dengan cara itulah proses pendaftaran pengundi, penamaan calon, dan pengundian dapat berjalan lancar.
Perkara 119 dalam perlembagaan menetapkan setiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun adalab layak menjadi pengundi. Mereka juga bermastautin dalam kawasan itu dan telah mendaftar dalam daftar pengundi. Perlembagaanjuga membenarkan anggota pasukan keselamatan, pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara dan juga pelajar kita yang melanjutkan pelajaran di luar negara untuk mengundi. Mereka ini dinamakan sebagai pengundi tidak hadir, dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi melalui p05. Walau bagaimanapun, jika seseorang pengundi itu didapati tidak sempurna akal atan sedang menjalani hukuman penjara, ia akan hilang kelayakan sebagai pengundi.
Calon yang bertanding dalam pilihanraya hendaklah berumur tidak kurang daripada 21 tahun bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Manakala bagi Dewan Negara, calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 30 tahun. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya menjadi ahli Parlimen atau abli Dewan Undangan Negeri jika didapati tidak sempurna akal, muflis dan herkhidmat sepenub masa dalam perkhidmatan awam. Selain itu, sesco rang itu juga akan hilang kelayakannya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada $2000 dan tidak mendapat pengampunan. Seseorang yang memperoleh kewarganegaraan dan membuat akuan taat setia kepada negara lain juga akan hilang kelayakannya.
Caloncalon dalam sesuatu pilihanraya boleb bertanding atas nama parti atau secara individu sebagai calon bebas. Mereka dikehendaki mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. Sebelum han mengundi, calon yang bertanding diberi peluang berkempen bagi meyakinkan pengundi di kawasan pilihanrayanya. Calon yang memenangi pilihanraya akan mewakili kawasannya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi satu tempoh tidak melebihi lima tahun.
Parti politik yang memperoleb kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada manamana parti yang menguasai manamana Dewan, maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s