Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah.

Sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan 10,200 pelajar telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian Sekolah dengan 2,860 pelajar di sekolah menengah.

Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam
aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia.

 

Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan kepada budaya dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, usaha telah diambil untuk memelihara dan memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan, monumen dan artifak.

Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya
dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia.

 

Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi
tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s