Konflik

1.      Konflik ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atau antara individu dengan individu lain, dan sebagainya.

2.      Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting, konflik memerlukan penyelesaian.

Penyelesaian Konflik

1.      Penyelesaian konflik ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah.

2.      Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya konflik dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihakyang berkonflik.

3.      Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan. Teknik awan ialah teknik berfikir tentang sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan cara penyelesaian win-win atau menang-menang.

4.      Maksud Penyelesaian Win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikan sesuatu konflik secara koperatif.

5.      Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik.

6.      Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konflik tersebut.

7.      Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya

1.      Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri.

2.      Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah, dan harapan.

3.      Namun, kita perlu bijak memilih rakan sebaya kerana mereka dapat mempengaruhi nilai, emosi, dan cara pergaulan kita.

4.      Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yang baik, berakhlak mulia, dan berjaya.

5.      Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita melakukan aktiviti negatif.

6.      Contoh sikap yang positif: -

(a) bersopan santun;

(b) menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat;

(c) tidak melepak;

(d) tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral;

(e) tidak merokok;

(f) rajin;

(g) saling menasihati;

(h) taat ajaran agama dan sebagainya.

7.      Contoh kegiatan negatif remaja

(a) melepak;

(b) bulI;

(c) perasugut;

(d) ponteng;

(e) merokok;

(f) melakukan vandalisme.

8.      Rakan sebaya yang terlibat dengan kegiatan negatif di atas perlulah dijauhi.

9.      Kamu perlu bersikap asertif jika kamu mempunyai rakan-rakan yang cuba mempengaruhi kamu melakukan perkara-perkara negatif.

10.   Sikap asertif merupakan perlakuan menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau negatif dengan tidak menyakiti hati orang.

11. Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan-rakan yang tidak baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s