Arahan : Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A ialah soalan objektif dan Bahagian B soalan struktur. Jawab semua soalan.

 

 

 

BAHAGIAN A ( Soalan Objektif 30 markah )

 

 

 1.

Seseorang yang dapat mengawal dirinya pada setiap masa menonjolkan potensi diri dari aspek

A jasmani

B rohani

C emosi

D intelek

 2.

Antara berikut, yang manakah sebab-sebab kita perlu mempunyai matlamat dalam hidup?

I Dapat mengembangkan kelebihan seseorang

II Dapat memperolehi kekayaan

III Untuk mencapai kejayaan

IV Dapat mengatasi halangan

A I dan II

B II dan III

C I, II dan III

D I, III dan IV

 3.

Antara perlakuan-perlakuan rakan sebaya berikut, yang manakah boleh mempengaruhi kita?

A Kegembiraan yang dialami rakan

B Bakat menyanyinya

C Penderitaan yang dialami rakan

D Sikap positif terhadap sesuatu

 4.

Ciri-ciri asertif adalah

I berani menolak ajakan negatif

II mampu membezakan baik dan buruk sesuatu tindakan yang diambil

III bersikap tegas

IV mampu menyelesaikan masalah sendiri

A I dan II

B II dan III

C I, II dan III

D II, III dan IV

 5.

Sebelum mengambil keputusan perlu difikir semasak-masaknya kerana

A ia akan mempengaruhi diri dan orang lain

B tindakan yang diambil mungkin membawa keuntungan besar

C masalah tidak dapat diselesaikan sendiri

D tindakan yang diambil mungkin membawa kerugian

 6.

Konflik biasanya dapat diselesaikan dengan cara-cara berikut kecuali

A melalui perbincangan

B bertolak ansur

C melibatkan pihak ketiga dalam perbincangan

D tidak mahu mengalah

 7.

Keluarga bahagia dapat diwujudkan sekiranya

I anggota keluarga saling membantu

II anggota keluarga memahami kewajipan dan tanggungjawab terhadap keluarga

III anggota keluarga tidak mementingkan diri sendiri sahaja

IV anggota keluarga sanggup menyumbang sebahagian daripada pendapatan mereka

A I dan II

B II dan III

C I, II dan III

D II, III dan IV

8.

Makanan seimbang dan berkualiti patut mengandungi khasiat yang berikut

I vitamin

II zat galian

III fiber

IV protein

A I dan IV

B II dan III

C II, II danIII

D I, II, III dan IV

 9.

Demi mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita perlu

A menanggung semua kesusahan

B mengambil tahu hal peribadi anggota keluarga

C peka terhadap perasaan anggota keluarga

D mengelakkan perbincangan dalam keluarga

 10.

Antara berikut, perlakuan manakah dapat mewujudkan keluarga bahagia?

I Mengutamakan kepentingan diri sendiri

II Menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain

III Peka terhadap perasaan ahli keluarga

IV Saling membantu

A I dan II

B II dan III

C I, II dan III

D II, III dan IV

 11.

Sokongan pelajar perlu diberi kepada pasukan sekolah semasa pertandingan untuk

A meningkatkan semangat

B menjayakan pertandingan

C menceriakan suasana pertandingan

D bersaing dengan sokongan pasukan lawan

 12.

Berikut merupakan contoh-contoh budaya sekolah kecuali

A budaya sekolah dalam taman

B budaya sekolah penyayang

C budaya sekolah berdisiplin

D budaya ponteng sekolah

 13.

Antara berikut, yang manakah objektif peraturan sekolah diadakan?

A Meningkatkan imej sekolah

B Membentuk disiplin pelajar

C Menakutkan pelajar

D Melindungi guru

 14.

Aktiviti kokurikulum bermaksud

A aktiviti di luar waktu pembelajaran

B aktiviti dalam kelas

C aktiviti dalam dan luar kelas

D aktiviti mengembangkan bakat

 15.

Antara berikut, yang manakah merupakan akibat peralatan sekolah dirosakkan?

A Imej sekolah terjejas

B Imej pelajar terjejas

C Proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan licin

D Pihak pentadbir terpaksa membaikinya

 16.

Demi pembangunan negara, warganegara patut mempunyai

I badan sihat

II minda cerdas

III sahsiah dan sikap positif

IV wajah menarik

A I dan II

B II dan IV

C I, II dan III

D II, III dan IV

17.

Apakah peranan pelajar dalam membantu meningkatkan imej sekolah?

A Memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai

B Menyertai kelab sukan

C Menyebarkan berita ke sekolah lain

D Menyertai aktiviti dan acara sekolah

 18.

Sokongan dan penglibatan semua warga sekolah dalam program dan acara sekolah akan membantu sekolah mencapai

A kejayaan

B kegagalan

C keunggulan

D ketinggian

 19.

Cerita rakyat biasanya disampaikan pada waktu malam sahaja kerana

A keadaan yang lebih selesa

B boleh dijadikan sebagai hiburan selepas penat bekerja

C perlu kerja pada waktu siang

D penglipur lara tidak ada masa lapang pada waktu siang

20.

Usaha Pembukuan cerita-cerita rakyat memudahkan orang ramai

A menghayati cerita rakyat pelbagai kaum

B membeli buku itu

C mencari bahan-bahan cerita itu

D menyampaikan kepada kawannya

 21.

Untuk menjadi seorang penglipur lara, dia patut

I menari

II bercerita

III bermain alat muzik

IV menyanyi

A I dan II

B III dan IV

C I, II dan III

D II, III dan IV

 22.

Cerita rakyat patut dikekalkan sebagai warisan budaya yang berharga supaya

A ia tidak dilupakan oleh generasi muda

B ia dapat difahami oleh semua pihak

C cerita asal dapat dikekalkan

D dapat menokok tambah cerita

 23.

Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi?

A Kerajaan yang diwakili oleh rakyat

B Kerajaan yang dipilih oleh raja

C Pemerintahan yang disokong rakyat

D Pemerintahan berdaulat

 24.

Antara berikut yang manakah tidak benar tentang pilihan raya?

A Rakyat bebas mengundi wakil

B Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi

C Diadakan lima tahun sekali

D Parlimen perlu dibubarkan sebelum pilihan raya diadakan

 25.

Perkataan demokrasi membawa maksud

A kuasa rakyat

B kuasa pemerintahan

C pilihan rakyat

D kerajaan berperlembagaan

 26.

Antara berikut, yang manakah konsep penting dalam sistem pemerintahan Malaysia?

I Demokrasi berparlimen

II Raja berperlembagaan

III Demokrasi pusat

IV Raja persekutuan

A I dan II

B II dan III

C I, II dan III

D II, III dan IV

 27.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri masyarakat sejahtera?

I Bersatu padu

II Bekerjasama

III Hormat-menghormati

IV Bertolak ansur

A I dan IV

B II dan III

C I, II dan III

D I, II, III dan IV

 28.

Antara berikut merupakan hak-hak orang kurang upaya kecuali

A hak mengundi

B hak bersekolah

C hak menyuarakan pendapat

D hak melakukan vandalisme

 29.

Apakah cara memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat kita?

A Melakukan vandalisme

B Mempunyai kesedaran sivik

C Mengamalkan semangat kejiranan dan tolong-menolong

D Mengamalkan semangat kelestarian

 30.

Jati diri positif dapat dibina melalui perkara berikut kecuali

A pendidikan moral

B pendidikan agama

C hubungan manusia yang baik

D mematuhi norma-norma masyarakat

 

 

BAHAGIAN B

SOALAN STRUKTUR

Jawab SEMUA soalan.

 

1.   Tandakan ( √ ) pada penyataan yang benar dan tandakan ( X ) pada penyataan yang
salah.

(a) Kita tidak perlu membalas jasa ibu bapa kerana memang sudah menjadi kewajipan mereka untuk membesarkan kita. [    ]
(b) Setiap anggota keluarga perlu memberi perhatian kepada setiap pandangan yang diberikan oleh anggota keluarga yang lain. [    ]
(c) Apabila ibu bapa kita telah tua, kita bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada mereka. [    ]
(d) Ibu bapa perlu menurut segala kemahuan anak-anak mereka dengan sedaya upaya. [    ]
(e) Setiap ahli keluarga perlu bertutur dengan sopan sesama mereka. [    ]
(f) Kita boleh menghantar ibu bapa ke rumah orang tua-tua untuk mengelakkan mereka menyusahkan kita. [    ]

                                                                                                                        ( 6 markah )

 2.

Lihat gambar di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Senaraikan 2 peraturan sekolah anda.
i)
ii)

                                                                                                                        ( 2 markah)

2

(b) Apakah tujuan peraturan sekolah diwujudkan?

                                                                                                                        ( 1 markah)

3

(c) Nyatakan 2 kebaikan mematuhi peraturan sekolah.
i)
ii)

                                                                                                                        ( 2 markah)

 3.

Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Tajuk cerita rakyat

Jenis (kaum)

Pengajaran

(a) Nakhoda Tanggang
(b) Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar  BudakKecil
(c) Ahli sihir yang
angkuh
(d) Kura-kura Pintar
(e) Burung Layang-layang

                                                                                                                        ( 10 markah)

 4.

Isi tempat kosong dalam soalan di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

perpaduan                                   kebajikan                                   rakyat

pilihan raya                                 berparlimen                               budaya

(a) Kerajaan demokrasi ialah kerajaan atau pemerintahan yang dipilih oleh ___________.
(b) Pemerintahan kerajaan demokrasi dipilih oleh rakyat melalui proses __________.
(c) Malaysia mengamalkan sistem kerajaan demokrasi ____________.
(d) Antara prinsip utama kerajaan demokrasi di Malaysia adalah amalan kepelbagaian _____________.
(e) Kerajaan yang dipilih oleh rakyat perlu menjalankan tanggungjawab untuk menjaga ___________ rakyat.
(f) Amalan kerajaan demokrasi dapat menjamin ___________ dan kesejahteraan negara.

( 6 markah)

 5.

Berikan 2 contoh kesedaran sivik di sekolah dan di tempat awam.

Di sekolah

Di tempat awam

(a) (a)
(b) (b)

                                                                                                                        ( 4 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s